Lakaran ini bukannya semata-mata catatan kejuruteraan, ianya tidak dipenuhi dengan teori dan juga tidak dibanjiri dengan pengiraan tetapi sekadar coretan seorang jurutera melihat dunianya...

Friday, August 3, 2012

Siapa Dia Jurutera Awam?

Salah satunya akulah..... Sebenarnya jurutera awam adalah individu yang mempraktikalkan ilmu-ilmu kejuruteraan dalam melaksanakan kerja-kerja perancangan, pembinaan, penyengaraan dan operasi sesuatu infrastruktur. Di sambil itu juga seorang jurutera awam perlulah memastikan bahawa keselamatan awam dan alam sekitar diperlihara..
Pada dasarnya perkataan awam itu digunakan untuk membezakan dengan jurutera yang berada dalam dunia ketenteraan ( nie masa zaman perang-perang dululah). Tapi lah nie, selepas bidang kejuruteraan itu berkembang-kembang maka wujudlah berbagai jenis jurutera seperti jurutera mekanikal, kimia, bahan dan pelbagai lagi.. Dan Akhir sekali tentera juga ada jurutera awam juga hahahaha...
Bidang jurutera awam nie selepas terpisah dengan jurutera-jurutera lain, pon masih besar lagi dan banyak cabang die seperti struktur, geoteknik, highway dan banyak lagi....

Entri Pertama

Assalamualaikum,
Kejam celik , kejam celik dah hampir 6 tahun aku kerja sebagai jurutera awam. sekejap sahaja masa berlalu. Dulu masa baru-baru kerja di JKR ada juga aku berjinak-jinak dengan menulis blog nie (Ekoran terpengaruh dengan rakan sebaya) Tapi sekarang baru nak mulakan balik.
So setelah aku pikir-pikir dan cari-cari apa yang aku nak modalkan dalam blog nie maka terlintas pula berkenaan kerja aku sebagai jurutera awam , sekurang-kurangnya dapatlah promote bidang nie kat sesiapa yang berminat.